REACHING OUT TO ACHIEVE YOUR DREAMS!

the road to success

THE MILLIONAIRE GROUP.

Segala-galanya berubah dengan satu keputusan yang mudah  dengan berkata Ya pada satu peluang menyertai Network Marketing (e-commerce) pada mulanya saya langsung tak nampak dengan peluang yang ada di depan mata tapi dengan satu kepercayaan  “Peluang selalunya datang dalam keadaaan  yang kita tak bersedia”. Saya buat keputusan untuk

berjaya (make it happen & don’t care what other  people said) dan  saya belajar dari hari ke sehari, berani & tidak malu menerima segala kritikan dan kegagalan dan akhirnya dengan semangat yg ada  dan sokongan dari keluarga. Alhamdulillah… dalam masa kurang daripada setahun  telahpun  mengatasi  pencapaian  peribadi iaitu menjadi salah seorang  “Internet Millionaire” Kalau kita ingin melihat perubahan jadilah perubahan yang kita inginkan…. kerana tiada orang yang gagal dalam kehidupan melainkan dia memilih untuk gagal …dan kegagalan yang sebenar adalah kegagalan mencuba  (the greatest challenger is 2 challenge one self) ~aam.

“We don’t pay the price for SUCCESS, we pay the price for FAILURE. We enjoy the benefits of SUCCESS”

Ahmad Amiruddin Mohamed
PENCAPAIAN :
Bulan Pertama   – RM20,000.00
Bulan Kedua      – RM40,000.00
Bulan Ketiga      – RM60,000.00
Bulan Keempat  – RM100,000.002005
Anugerah Tokoh Usahawan Cemerlang
Anugerah Kumpulan Berwawasan
Anugerah Penajaan ms Terbanyak2006
Anugerah Pendapatan Tertinggi
Anugerah Pendapatan Plan B Tertinggi
Anugerah Penajaan ms Terbanyak

2007

Anugerah Pendapatan Tertinggi 

BIODATA
Nama Perniagaan : Amir & Maya
No.Ahli Uptrend : MY71025065315
Tarikh Jadi Ahli : 12hb April 2005
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Bilangan Anak : 5
Berasal : Pahang
Agama : Islam
Bangsa : Melayu

================================================================ 

CIKGU AIZAN MOHAMED

 Mula menyertai perniagaan Uptrend ini  pada 8 Mei 2005 setelah diperkenalkan oleh Cikgu Ahmad Amiruddin. Tiada pengalaman dalam bidang perniagaan Multi-level Marketing (MLM). Bagi beliau kejayaan seseorang itu adalah dari berkat usaha yang berterusan serta tidak kenal erti jemu dalam mecari ilmu dan peluang.

 Kini di atas kesabaran beliau serta sokongan padu daripada isteri tercinta Puan Seriwani dan menjadikan anak-anak sebagai sumber ilham dan motivasi, beliau mampu tersenyum bahagia dengan pendapatan bulanan purata RM50,000.00 dan telah mencapai impian beliau.

 Team Work sangat dan amat penting untuk berjaya. Oleh itu beliau amat bertuah mendapat Business Partner yang senantiasa ingin mencari peluang serta ilmu. Beliau juga menganggap Uptrend ini sebagai satu kaedah membantu sesama manusia dan ia menjadi satu fardhu kifayah bagi memberi khabar gembira di dalam mencari peluang serta menambah pendapatan. Beliau juga merasakan di Uptrend juga amat mementingkan serta menitik beratkan sifat tolong-menolong diantara Business Partner sehinggalah ke Kakitangan Syarikat.

 Beliau amat berterima kasih di atas tunjuk ajar serta bantuan yang telah diberikan terutamanya orang yang memperkenalkan perniagaan ini kepada beliau iaitu Cikgu Ahmad Amiruddin serta Dr. Ahmad Daud, Abang Azmi, Mr. Gary Gan serta sahabat-sahabat yang lain.

========================================================= 

Chairul Niza (Khairol R team)

 Paling seronok dapat bagi mak duit sebulan RM3000.. hari tu bawa mak dtg KL shopping tanpa tengok tanda harga.. nak balas jasa tak terbalas… yang penting dia happy… tak kurang dapat tengok kawan kawan yang papa kerana susah payah betul betul struggle dalam hidup dengan anak isteri sekarang dah bahagia! Baru sekarang saya rasa ‘berguna’ terhadap masyarakat dan hidup saya didunia sementara ni tidak sia-sia !! Saya tak boleh lupa titisan air mata nenek yg mengalir apabila saya beritahu dia akan kemekah tak lama lagi… selama berpuluh tahun penantiannya kini tercapai!!! MasyaAllah..!!

 IF U SAY NO I’LL SAY NEXT!! Saya cari orang yang mencari.. kalau you tak join pun tak apa..beza saya dengan U, saya dah buat duit tiap tiap hari..!! YOU say the same YOU stay THE SAME!! Kalau nakkan perubahan, jadilah perubahan yang kita inginkan..!! Menyesal bukan kerana gagal, tapi menyesal kerana tak mencuba!! Dari kecil kita tiru mak bapak kita bercakap, berjalan dsb.. mengapa bukan sekarang? Agak-agak kalau kerja, berapa lama nak kumpul RM200,000 tu?? Boleh ke dalam masa 6 bulan?? 6 Tahun?? 16 tahun?? Mati hidup semula??

 Buat satu keputusan sekarang juga.. ini first and last.. kalau tidak bertindak sekarang nanti jangan merungut rumah sempit, kereta buruk, hutang keliling pinggang.. pasal U sendiri pilih untuk hidup seperti itu!!

Pemuzik ?dapat jadi JUTAWAN dalam masa 15 bulan

 

Langsung tak pernah terfikir akan dapat semua ni?padahal masa nak join dulu saya plan, just plan nak dapat RM50.00 sehari je.. tak pandai dan tak mimpi langsung dapat beli BMW 3 series, Mercedes C200K, 2 biji kondominium di Damansara, dan kereta paling saya idam, BMW 645ci?time peluang ni datang?hutang rumah 4 bulan, anak tak pakai lampin 3 hari berturut-turut, isteri yang pregnant terpaksa makan nasi goreng seminggu lamanya. Semuanya Alhamdulillah, Allah ganti CASH atas keinginan saya CUBA bisnes ini!? KhairolR ~ Negeri Sembilan.

Pencapaian KhairolR:

~ asalnya hanya naik bas

~ beli kereta pertama Ford TX3 1.8, cash

~ beli kereta BMW 3 series, cash

~ beli Mercedes C200 Kompressor untuk Isteri

~ beli lagi sebiji BMW 645ci

~ beli 2 biji kondominium di Damansara Perdana

 Penyata Pendapatan 

Salina Binti Abdul Hamid
 No ID: MY680625085086
 Penaja: Ahmad Amiruddin
 Tarikh Ahli: 2hb Mei 2005

Saya memilih Uptrend2u kerana pendapatan dalam Plan A yang cepat dan dalam bentuk pendapatan harian. Pendapatan selama 10 tahun dalam MLM, ini syarikat pertama yang memberi pembayaran bonus yang cepat dan dapat hari-hari. Selama 10 tahun pendapatan hanya diberi sebulan sekali. Saya rasa ini yang saya cari selama ini. Pendapatan harian yang lumayan. Tambahan pula Uptrend mengadakan sistem penghantaran barang melalui kurier. Ini amat memudahkan kerana ia menjimatkan masa dan duit minyak pengedar kerana tidak perlu buang masa hantar barang dan melakukan kerja yang remeh temeh.

 Saya mempunyai banyak masa mencari prospek dan pelanggan baru serta lebih fokus untuk memperbesarkan rangkaian. Uptrend juga mempunyai Plan B ( Master Plan ) untuk jangka masa panjang, Plan Hybrid yang cukup unik tetapi menarik, senang dan amat berbaloi serta amat pantas dapat menjana pendapatan.

 Selama 13 bulan saya menjalankan perniagaan e dagang Uptrend kehidupan kami sekeluarga betul-betul berubah ke tahap yang luar biasa. Bulan pertama pendapatan saya dalam Uptrend telah mencapai RM10,000 dan pada bulan yang kedua RM20,000. Dengan wang yang saya dapat dari perniagaan ini, bulan kedua saya terus membeli sebuah kereta idaman Honda Jazz warna merah. Amat memeranjatkan, bulan kedua dalam Uptrend saya mampu membelinya. Dan pada bulan ke sepuluh saya dalam Uptrend atasa persetujuan suami saya Encik Mohamad, saya membeli pula sebuah rumah semi D berharga lebih RM600,000 juga 100% duit perniagaan Uptrend. Saya bersyukur kepada Allah dengan keputusan saya selama 13 bulan yang lepas untuk menjalankan perniagaan ini, hidup kami sekeluarga lebih bermakna.

 Tiada lagi masalah kewangan, segala hutang dapat diselesaikan dalam masa 4 bulan saya dalam Uptrend dan kini dengan bonus Uptrend yang lumayan saya dapat menyimpan sebulan RM10,000-RM20,000 dalam Amanah Saham.

 Latihan saya dalam Uptrend hanya meniru apa yang telah dilalui oleh Leader Hebat Uptrend yang lain seperti menghadiri EOM seminggu dua kali, menimba ilmu dalam NEW dan TTT dan mengamalkan tabiat setiap bulan saya membeli dan menghabiskan membaca 1 atau 2 buah buku motivasi. Hingga kini semangat perjuangan saya dalam perniagaan ini tidak pernah surut dan sentiasa membara. Motif utama kini adalah lebih kepada membantu mereka yang belum berjaya untuk berjaya dan menjadi hebat serta dapat mengubah kehidupan mereka sebagaimana kehidupan kami sekeluarga.

 Matlamat hidup saya seterusnya adalah untuk melebarkan lagi rangkaian perniagaan Uptrend hingga keluar negara serta membantu Uptrend membuka lagi pasaran-pasaran baru di peringkat antarabangsa dan jika diizinkan tuhan menjadi jutawan dalam perniagaan ini dalam tempoh 5 tahan dari sekarang. Dan matlamat yang tengah saya usahakan sekarang memperkenalkan produk Uptrend kepada semua lapisan masyarakat tentang kebaikan dan kelebihannya.

==============================================================

TREND-BUILDER NETWORK (TRB Network), Malaysia 

 Pengasas: Simon Chin Chee, Keong Goon Chin Chung dan KJ Lee.
 Pendidikan:
 Simon (Degree Bio-kesihatan),
 Goon (Degree Kejuruteraan Sivil),
 KJ Lee (Degree perakaunan).
 Ketiga-tiga dari Universiti Malaya
 Tarikh menjadi ahli: 1 April 2004
 Jumlah IBP dalam TRB: Melebihi 3000 ahli
 Jumlah pendapatan terkumpul: RM350,000
 Pendapatan purata sebulan: RM25,000 
 
 PERNIAGAAN Uptrend telah menukar taraf kewangan dan cara pemikiran ke arah yang lebih positif. Dari segi kewangan, pendapatan yang dijana telah memberi nafas baru untuk keluarga dan diri kita untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Semasa tahun terakhir dalam UM, kami sudah mampu memiliki kereta sendiri dan juga mampu membeli rumah bangalow sebagai sumbangan terhadap keluarga kami. Walau bagaimanapun, kami terpaksa melalui perjalanan yang sukar sebelum berjaya dalam bisnes Uptrend. Pada tiga bulan pertama, pendapatan kami kurang dari RM1,000, malah rugi disebabkan perbelanjaan yang tinggi untuk servis ‘network’ kami. Kami juga menerima pelbagai ejekan dan kritikan dari kawan-kawan serta keluarga. Tetapi, dengan keazaman yang kuat, kami mula nampak keputusan pada bulan keempat setelah berjaya mencari beberapa pemimpin yang hebat dalam beberapa buah universiti.
Uptrend bukan sahaja sebagai platform untuk mengejar kekayaan malah ia juga menjadikan kami sebagai usahawan muda di samping melatih kami untuk memiliki pemikiran yang membina. Selain itu, bengkel latihan keusahawanan dan ceramah-ceramah motivasi yang dibekalkan oleh profesional terlatih telah mengajar kami pelbagai jenis kemahiran yang amat berguna dalam dunia perniagaan terutamanya tentang cara-cara presentasi, komunikasi, kepimpinan dan sosial yang efektif yang mana ianya tidak terdapat di dalam buku-buku universiti. Kami amat mencintai kehidupan dalam perniagaan Uptrend kerana mendapat kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Kami tidak dikongkong oleh waktu pejabat (9 pagi hingga 5 petang) dan leteran dari majikan. Dalam Uptrend, tidak wujud ‘politik pejabat’ di mana semua rakan sekerja terpaksa bersaing sesama lain untuk mendapatkan peluang promosi.

Dalam Uptrend, persekitaran ‘win win’ menyebabkan semua rakan niaga Uptrend bekerja sama dalam satu pasukan seperti TRB network untuk memastikan kejayaan dapat dicapai untuk semua orang tanpa perasaan pentingkan diri. Nasihat kami, jangan anda menilai industri berdasarkan pandangan negatif terhadapnya. Belum tuba belum tabu. Industri ini sudah mengalami revolusi yang begitu ketara, bukan lagi suatu perniagaan yang berasaskan ‘jual barang’ semata-mata, ia sudah muncul sebagai satu kerjaya yang telah menukar ramai orang biasa kepada orang yang luar biasa.

 Dengan modal dan risiko yang paling rendah, industri ini akan menjadi pilihan ramai untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tambahan pula, dengan konsep e-dagang yang ada dalam Uptrend, perniagaan dan pasaran kita adalah global. Persaingan Uptrend adalah minimum disebabkan konsep yang baru di mana menggabungkan e-dagang dengan network marketing, dua strategik pemasaran yang paling hebat pada masa sekarang.

===============================================================

Badrol Hisham, Malaysia 

 Anak kelahiran Perak ini mempunyai kelulusan dalam bidang Elektrik Telekomunikasi dari UiTM. Beliau juga mempunyai syarikat sendiri namun apa yang menarik tentang beliau ialah dalam masa tiga minggu bersama Uptrend, bapa kepada tiga cahaya mata ini telah berjaya meraih pendapatan lebih RM20,000. Seperkara yang boleh dijadikan contoh bagi mereka yang ingin berjaya di dalam apa juga bidang terutama bidang jualan langsung ialah jangan menjadikan jarak perjalanan sebagai satu alasan untuk tidak mahu melibatkan diri. Daripada mula beliau menyertai Uptrend boleh dikatakan tidak ada hari yang beliau tidak sampai ke ibu pejabat Uptrend di Petaling Jaya kecuali hari Ahad ataupun ketika pejabat tutup. Bagi beliau Tapah dan Petaling Jaya ibarat Petaling Jaya ke Kuala Lumpur sahaja.

 Bapa beliau merupakan seorang pesara (guru) dan banyak memberikan sokongan serta dorongan kepada beliau. Melihat potensi pada perniagaan ini maka bapa beliau serta adik bongsu beliau juga turut melibatkan diri di dalam perniagaan Uptrend dan kini mereka telah mendapat keuntungan yang lumayan hasil perniagaan yang mereka sedang ceburi kini. Hari ini, beliau telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjadi mobile stokis Uptrend

===============================================================

 Yahya Hashim (Amy), Malaysia 

 Berusia 25 tahun dan masih bujang. Pernah bertugas di SIRIM dan kini beliau telah mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan Uptrend secara sepenuh masa. Beliau adalah salah seorang penerima pendapatan yang paling besar di Uptrend buat masa ini sepanjang penglibatan beliau selama lima bulan. Dalam usia yang masih muda dengan pendapatan lima angka sebulan adalah satu pencapaian yang cukup luar biasa terutama bagi saudara Amy yang suatu ketika dahulu merupakan seorang pekerja yang hanya tahu cukup bulan menerima gaji.

 Yahya Hashim atau Amy diperkenalkan kepada Uptrend oleh rakan baik beliau iaitu Ahmad Amiruddin atau lebih dikenali cikgu Amir. Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Hari ini, berkat kesungguhan dan ketekunan, beliau boleh berbangga dengan pencapaian beliau hari ini. Bagi beliau, untuk berjaya, seseorang itu seharusnya tidak memberi alasan sebab walaupun beliau mampu untuk berkereta mewah tetapi beliau masih lagi setia untuk bergerak menjalankan perniagaannya dengan sebuah motosikal. Beliau adalah salah satu contoh yang terbaik untuk diikuti oleh orang lain terutamanya yang suka memberi alasan tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak. Yahya Hashim merupakan satu-satunya contoh “Kepimpinan Melalui Teladan”.

Asalnya saya cuma seorang dispatch yang mana kemudiannya berhenti dan berhutang plak dengan Bank Rakyat?di saat peluang ni datang, saya cuma ada RM2 je dalam poket?tapi saya rebut peluang ni habis-habisan! Sampai bila nak hidup melarat!! Alang-alang buat biar sampai kaya terus? Alhamdulillah?dengan izinNya saya kini memiliki BMW 3 series & Honda EK, Condominium serta pendapatan LUAR BIASA setiap hari!?Amy ~ Muar Johor.

Pencapaian Amy:

~ asalnya hanya memiliki sebiji motosikal

~ membelikan orang tuanya kereta WAJA, cash

~ membeli kereta pertamanya Honda EK, cash

~ membeli BMW 3 series juga cash

~ membelikan rumah untuk ibunya

~ membeli sebuah Condominium di PJ.

Semua pencapaian hanya dalam masa KURANG 2 tahun!!!

Jutawan e-Networkers TERMUDA!! 

 ==============================================================

 Selepas sesi bertemu Jutawan, saya dapat bayar hutang kereta yang kantoi 3 bulan, sewa rumah 4 bulan dan dalam bulan pertama je saya dapat income RM21,000.00!! Bayangkan berapa lama nak simpan duit banyak tu kalau cume bekerja je..!! sekarang dapat pakai BMW 3 series & BMW 5 series M Sport, rumah 2 tingkat?paling penting dapat bawak mak ayah pergi umrah ni?Alhamdulillah!? Bob ~ Trolak, Perak.

———————————————————————————————————

Name : Abdul Manah bin Awang

 
My Uptrend Achievement
I joined Uptrend2u after three months of coaxing by my uplines. My gratitude towards Mr. Noor Azmi and Mr. Harizan who did not give up on me. To start a network in the East Coast with 4 sponsors without sufficient proof is hardly easy.  But with God’s grace, my network and I survived and prospered.

My life took an about turn, changing by 300%. That is how I picture it now. Thank you to all, the management, my uplines and everyone in my network.

Thank you Uptrend2u! I now possess 5 cars and 2 bungalows!

12 Comments »

  1. kalau bleh tunjukkan senaraikn upline2 vision2u yg dah become millionaire.supaya boleh jadi pemangkin kepada member2 baru vision2u..dan kita akan dapat mengembangkan lebih besar lagi vision2u network dimasa hadapan…insya Allah!!!

    Comment by firdaus | November 12, 2007 | Reply

  2. terima kasih kepada saudara firdaus di atas response anda. ingin dinyatakan terdahulu bahawa masih belum ada lagi jutawan dalam grp vision2u kerana grp vision2u masih dikira baru lagi, dan insyaallah kalau diizinkan tuhan, mungkin salah seorang ahli vision2u akan berjaya menjadi jutawan pada tahun 2008, insyaallah.

    Comment by ecs33 | November 13, 2007 | Reply

  3. mcm senang je bunyinye…
    camner cara bisnes ni??

    Comment by sham | May 21, 2008 | Reply

  4. Terima kasih dan tahniah kepada Sham. Biznes ni memang SENANG dan MUDAH nak dijalankan.

    Sham berminat, boleh berjumpa dengan saya untuk keterangan lanjut, mudah untuk diceritakan sambil berjumpa. Hubungi saya 017-2372871.

    Comment by ecs33 | May 22, 2008 | Reply

  5. saya seorg surirumah, ada anak 4 org, yg kecil 5 thn. teringin nak buat duit sendiri. Boleh tak sertai business ni dari rumah tanpa perlu tinggalkan anak-anak. macam mana caranya.

    Comment by Pn Noor-JB | July 13, 2008 | Reply

  6. Assalamuailaikum,

    Terima kasih kepada Pn Noor di atas soalan yang diutarakan pada Vision2u berkenaan dengan Bisnes UPTREND2U.

    Untuk pengetahuan Pn, ramai surirumah telah berjaya dalam bisnes ini walaupun mempunyai bilangan anak yang ramai, dan boleh menjayakan perniagaan ini hanya dari rumah sahaja, dengan syarat – Berkeyakinan serta mempunyai semangat untuk berjaya yang tinggi, berani mencuba dan sanggup belajar, diajar dan mengajar.

    Caranya adalah mudah. Yang penting adalah, ilmu untuk mengembangkan perniagaan ini, serta kenalan yang ada untuk dijadikan sebagai rakan niaga.

    Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh emel/comment atau sms saya WAN – 017 2372871.

    Terima kasih

    Comment by ecs33 | July 13, 2008 | Reply

  7. chaiyooo la unstoppable team…chairol n amy..klu jumpe amy kim salam…org muar jgak nihh…

    Comment by dzgroup | November 24, 2008 | Reply

  8. saya xnak masuk training or something yang mengeluarkan belanja kerana saya kini adalah zero. saya ingin mencuba kerana saya kini tidak bekerja, sekiranya forum ini adalah benar.berikan saya jalan untuk membuat langkah yang pertama.

    Comment by dania | February 25, 2009 | Reply

  9. Terima kasih Dania.

    Dalam bisnes ni, belanja yang harus dikeluarkan adalah dari segi modal. Tanpa modal, maka Dania tak akan dapat mulakan bisnes ni kerana modal adalah langkah pertama. Minima, RM532 sahaja.

    Comment by ecs33 | February 26, 2009 | Reply

  10. Assalamualaikum dan salam sejahtera…sy pn rosni,sibu mmg berazam ingin mengubah taraf hidup demi utk org2 tersyg dlm hidup.berminat utk ikut serta dlm bisnis internet tp sy tak tahu bagaimana nk memulakannya sbb tak tahu nak merujuk kpd siapa.blh tak sesiapa di luar sana menjadi rakan pembimbing?mmg susah zaman ni kalau hidup x pernah ckp duit.hasrat nak mbls jasa org tua pn blm kesampaian sbb ckp2 utk sendiri n family saja wlpn niat nk mbhgkn org tua berkobar2..

    Comment by Rosni Bt Ili | September 4, 2009 | Reply

    • Salam kepada Pn Rosni

      Emel untuk keterangan lanjuj telahpun dihantar kepada puan. Sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui emel atau hubungi saya 017-2372871/Wan.

      Terima kasih

      Comment by ecs33 | September 6, 2009 | Reply

  11. saya seorang kerani di syarikat swasta, tapi pendapatan kurang RM700 anak dah 5 terpaksa tinggal dengan orang utk membantu suami. saya ingin mengubah cara hidup keluarga saya .
    Tolong beri tunjuk ajar..supaya saya dapat bekerja di rumah supaya saya tidak risau tentang anak-anak saya di bawah jagaan orang lain.

    Comment by Ruby | November 3, 2009 | Reply


Leave a comment