FAQ
Betulkan M L M itu ialah
sebuah skim piramid?
Sebelum saya jawab soalan ini, biar
saya berikan 3 senario di bawah:
1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang
presiden atau perdana menteri, diikuti
oleh beberapa menteri… dan wakil-
wakil rakyat lain, ketua daerah dan
sebagainya.
Cuba perhatikan…
Adakah jumlah perdana menteri lebih
ramai dari menteri? Bagaimana pula
jumlah menteri berbanding wakil
rakyat… dan jumlah… anda tahu
selebihnya bukan?
2. Sebuah syarikat mempunyai seorang
CEO atau presiden, diikuti dengan
naib presiden, direktor, pengurus
dan lain-lainnya.
Berapa ramaikah bilangan direktor jika
dibandingkan dengan jumlah pengurus?
Sudah tentulah jumlah direktor lebih
rendah dari jumlah bilangan pengurus.
Bagaimana pula gaji presiden
berbanding gaji seorang pengurus?
Bolehkah seorang pengurus mempunyai
gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
kucar-kacir pengurusan syarikat ini
jika gaji presiden (orang paling
tinggi dalam piramid) lebih rendah
dari gaji seorang pengurus.
3. Sebuah organisasi M L M mempunyai
pemimpin yang mempunyai lebih ramai
orang di bawah beliau dengan pelbagai
pangkat yang lebih rendah. Beliau
mendapat lebih banyak pendapatan
daripada orang lain.
Walau bagaimana pun, tidak mustahil
orang di bawah beliau menjadi lebih
bagus dan menyamai atau mendapat
lebih banyak pendapatan daripada
beliau pada suatu hari nanti. Semuanya
bergantung kepada usaha mereka
membina sebuah piramid yang besar.
Jadi, apakah kesimpulan yang hendak
saya buat di sini?
Senario manakah lebih adil?
Jangan anda tersalah anggap yang
sesebuah organisasi piramid itu adalah
menyalahi di sisi undang-undang. Yang
salahnya ialah skim cepat kaya yang
menggunakan piramid untuk menindas
orang bawahan.
Sebenarnya, organisasi yang berbentuk
piramid adalah sebuah organisasi yang
kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin
akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
belakang, dan orang akan terus gagal
di dalam bisnes.
Masalah piramid dan M L M sepatutnya
difahami dengan betul… dan bukannya
mengambil kesimpulan yang M L M adalah
sebuah piramid dan menyalahi
undang-undang.
Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?
Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi
tidak semestinya skim piramid atau skim
cepat kaya yang menyalahi undang-undang.
Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
syarikat swasta dan kerajaan juga
berbentuk piramid. Mungkin keluarga
anda juga berbentuk piramid.
———————————————————————————————————-
S: “Saya tak ada duit la nak join…”
J: Pasal tak de duit la you kena join….
S: Saya tak ada masa nak jalankan biz ni…
J: Ini la peluang you nak relax tapi duit masuk tiap-tiap hari….
S: Saya tak pandai la nak cari orang….
J: You sanggup ke berada dalam golongan orang yang gagal, asyik mencari alasan..!Sekarang saya guna sistem orang cari saya.. pagi-pagi bangun tidur dah ada 15 missed call, 7-8 SMS, Semuanya ORANG CARI SAYA…
S: Kalau tak jadi macam mana?
J: Itu kalau kita fikir tak jadi… Kalau jadi?
s: Saya tak minat la benda macam ni…
J: Tu pasal tak rasa duitnya lagi… kalau dah rasa confirm minat sampai fanatik…
S: Ini bukan bidang saya… saya buat bidang saya je…
J: Kalau saya boring hari-hari makan ayam je… bosan…
S: Boleh percaya ke ni…?
J: Saya tak perlu kepercayaan awak… tak join tak apa… tapi beza antara saya dengan awak, saya dapat duit setiap hari…tapi awak macam mana……???
S: Kalau bayar lambat tak pe ke?
J: Saya tak de masalah langsung.. tak bayarpun tak pe..tapi besok jangan menyesal kalau semua kawan-kawanyou dah join, semua dah dapat RM20K sebulan baru you nak buat… lambatlah…
S: Macam skim cepat kaya je ni..
J: Memang skim cepat kaya…Kalau skim cepat miskin you nak join ke?Tapi biz kita ada lesen, dah keluar TV, akhbar, majalah …Dan dah terbukti ramai yang dah menjadi jutawan….
S: Ni skim piramid ni…
J: Piramid ada dua… Satu tak boleh potong orang atas, diharamkan.. Semuanya piramid… contohnya… you sebagai MD, you takkan bagi staff you gaji lebih tinggi dari you…walaupun staff you kerja bagai nak gile.Tapi yang ni tak kisah jika you usaha lebih dan you dapat lebih…Tak de boss tak kuli…
S: Ni sistem binary…
J: Memang binary… binary la best… cepat dapat duit macam saya…. tapi setahu saya ada dua plan berjalan serentak… binary & unilevel … HYBRID namanya…Macam Temah kawin dengan Amat dapat anak nama RONALDO… bolehkah kita panggil RONALDO to Amat atau Temah??
———————————————————————————————————
Soalan 1:
“SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa?”
Jawapan 1:
Sistem perniagaan MLM adalah disahkan oleh “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna” dan lesennya diberikan sebagai lesen jualan langsung – walaupun MLM tak semestinya beroperasi 100% seperti syarikat jualan langsung. Walaubagaimanapun, jangan keliru dengan MLM dan skim piramid yang menjadikan Pak Man Telo “selebriti” satu ketika dahulu. Dan juga, jika anda terlibat di dalam MLM Internet, tiada sebarang peraturan yang ketara untuk menyatakan yang ianya sah ataupun tidak. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Contohnya, plan pampasan berbentuk binari
di Malaysia adalah tidak dibenarkan tetapi ianya sah di Amerika dan negara-negara lain (begitu juga di Internet).
Soalan 2:
“Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi dibawahnya?”
Jawapan 2:
Selalunya, syarikat MLM yang sah ada memberikan jaminan wang pulangan kembali kepada pembeli yang tidak puas hati dengan produk yang digunakan untuk satu tempoh tertentu. Tetapi, untuk sebarang perniagaan, sesuatu jaminan yang anda akan berjaya ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya rasa, itu adalah jawapan yang terbaik namun begitu
masih ramai yang berpendapat golongan di bawah tidak akan mendapat satu sen pun melalui MLM mereka. Memang benar… ramai yang tidak akan mendapat walau satu sen pun, tetapi perlu diingatkan juga yang ada pengedar yang baru beberapa bulan menyertai sesebuah MLM mendapat pulangan yang lumayan berbanding pengedar lain yang sudah bertahun-tahun menyertai MLM tersebut. Kalau diikutkan, pengedar baru ini adalah yang di bawah sekali di dalam kumpulan pengedar MLM tersebut dan beliau tidak sepatutnya mendapat apa-apa kerana orang di bawah selalunya tidak mendapat sebarang pulangan.
Rahsianya adalah dengan menaja dan membina jaringan pengedar dan pembeli barangan yang baru (dalam erti kata lain – berusaha dan mengikuti sistem yang diajarkan oleh syarikat MLM beliau). Belajar dan terus mencuba.
Sebarang komen amat dialu-alukan.
——————————————————————————————————–
Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:
1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.
Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.
Saya harap, anda tidak begitu.
Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda – iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.
Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda
tidak kenali langsung.
2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.
Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup
membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi
kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek
pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.
Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai
talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan
anda sekarang atau pada masa akan datang.
Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus! Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal rakan niaga anda.
Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan
maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.
Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet
sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.
Sebarang komen amat dialu-alukan.
2 Comments »
Leave a comment
-
Recent
-
Links
-
Archives
- December 2009 (1)
- November 2009 (2)
- August 2009 (1)
- May 2009 (2)
- December 2008 (1)
- November 2008 (3)
- October 2008 (7)
- September 2008 (14)
- August 2008 (1)
- June 2008 (1)
- May 2008 (26)
- April 2008 (16)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS

u punya faq betul2 membantu aku dalam membina keyakinan diri..utk pengetahuan u aku baru join bisness mlm e.networking
EXCELLENT! Semoga Erwanshah berjaya dalam bisnes yang diceburi. WAN