REACHING OUT TO ACHIEVE YOUR DREAMS!

the road to success

KISAH BENAR MEREKA YANG BERJAYA

Kisah Benar Ebby Yus, Ali Mamak & Chairol Niza

” Ni cerita beberapa bulan yang lepas.Saya ni tinggal disebuah rumah bujang bersama seorang lagi rakan saya yang bernama Benjamin. Saya panggil dia ‘Ben’ sahaja.Sebenarnya si Ben ni baru buat satu bisnes,tiap-tiap hari dia ajak saya join bisnes dia. Yang menjadi perkara pelik bin ajaibnya, cakap pun tergagap-gagap,duit nak makan hari-hari pun dia pinjam kat saya,kekadang tu sewa rumah pun saya yang bayarkan,ehh..ada hati pulak nak ajak saya buat bisnes dengan dia.Disebabkan saya malas nak dengar ajakan dia dan tak nak berlakunya pergaduhan,maka saya pun berpindah tidak jauh dari situ.
Maka sejak dari situ terputusnya hubungan saya dengan dia.Selepas beberapa lama selepas itu saya ada ternampak dia membawa kereta Perdana V6,dan dalam hati saya berkata entah kereta siapalah yg jadi mangsa pinjaman dia tu.Tapi saya ada terdengar orang2 disekitar kawasan rumah saya bercerita yang dia adalah salah seorang penceramah terbaik dalam perniagaannya tu.Tapi hati saya masih mengatakan entah apa lah yg si ‘Ben’ tu dah tipu org2 kat sini.

Betul lah kata org dunia ni kecil sahaja,selepas daripada itu saya sebenarnya dah pun terlibat dgn perniagaan ni atas ajakan seorang pelakon & pelawak juga,iaitu Abon dan Ali Mamak,dan baru saya tahu perniagaan ini memang lain dari perniagaan2 yg ada kat m’sia ni. Boleh buat duit dalam masa yg singkat dan sangat lumayan.Masa tu saya terus teringat kat si Ben tadi ni dan saya merasa sedikit kesal kerana tidak memberi peluang pada kawan serumah saya untuk menerangkan apa perniagaaan yang dia lakukan.

Pada satu malam sedang saya bercerita pada orang ramai di Sg.Buloh tentang perniagaan ini,saya menceritakan pada mereka mengenai kawan sebilik saya iaitu ‘Ben’ dan saya sebut nama penuhnya ‘Benjamin’,terus salah seorang ketua dari kumpulan saya iaitu komposer Rosli Selasih mencari buku yg tertera gambar2 mereka yg sudah hampir menjadi jutawan.Dia tunjukkan pada saya gambar ‘Ben’ yang tertera dalam buku tu,seram sejuk badan saya melihat gambar kawan serumah saya yang pernah saya marah dia dulu,tapi sekarang dia sudah hampir menjadi jutawan,sedangkan saya baru sahaja nak memulakan perniagaan yang telah ‘Ben’ lakukan beberapa bulan dahulu.”

- Ebby Yus (Pelakon & Pelawak)

——————————————————————————————————————

Saya merakamkan album pertama saya dengan seorang komposer bersama Rosli Selasih.Dari situ saya mengenali beliau seorang yang sangat baik hati.Kadang2 famili beliau ada berkunjung ke rumah saya,beramah mesra bersama famili saya.
Pada satu hari tu,Rosli Selasih ni ada menelefon saya ingin mengajak saya menceburi perniagaan yang sedang dia lakukan.Saya pada ketika itu amat ‘pantang’(tak suka) sekali jika ada org yg ingin mengajak saya buat bisnes2 ni.Dia kata ni peluang baik ni bang…peluang baik..tapi saya tetap berkeras tak mahu mendengar mahupun pergi kerumahnya lagi disebabkan rimas dgn benda2 macam ni.Boleh saya katakan buat masa tu saya putus kawan dengannya dan berbagai2 alasan yg saya berikan jika dia terus menghubungi saya.
Pada suatu hari Rosli ada menyatakan yang dia ingin meminjam sedikit duit dari saya,tapi saya bukannya tidak mahu meminjamkan duit saya pada Rosli,tetapi saya sendiri pun sedang menghadapi masalah kewangan.
Mungkin Allah ingin menunjukkan kesusahan yg sedang dihadapi oleh Rosli pada ketika itu.Pada suatu malam,saya dan isteri lalu dikawasan berhampiran rumah beliau dan kami ternampak Rosli sedang menolak kereta mini kesayangannya untuk dijual.Saya dan isteri amat tersentuh dan isteri saya mengalirkan air mata melihat kesusahan yang beliau hadapi.Tapi apakan daya kami hanya boleh sekadar memandang sahaja.
11 bulan selepas itu saya telah ditawarkan untuk membuat album yg ke-2,bos saya kata Rosli masih terlibat dalam projek album ke-2 ini.Hmm..ingatkan cerita saya dgn Rosli dah habis,nak tak nak kena juga bertemu dengan Rosli atas urusan kerja.Tapi yg menjadi pelik bila saya sampai jer rumah dia,saya nampak ada sebuah kereta Naza Ria, sebuah kereta Mercedes dan paling saya terkejut,kereta mini dia yg dia paling sayang yg nak jualkan pun dah ada balik.
Saya bertanya adakah perniagaan yg 11 bulan dulu yg kau ajak aku tu? Beliau berkata, ‘ya bang dan saya dah mengumpul sejumlah wang sebanyak RM600 RIBU lebih hasil perniagaan ini.’
Setelah mendengar penjelasan dari beliau saya terus mendaftarkan diri dibawah beliau dan Alhamdulillah..dalam masa 2 minggu,saya boleh hasilkan duit sebanyak RM3000 dan saya ajak Abon,seorang pelakon dan pelawak,yg pernah menceburi 22 jenis perniagaan,juga telah bersama2 menjalankan perniagaan ini yg boleh saya katakan perniagaan alaf baru yg memerlukan modal yg kecil,tapi keuntungan yg tidak terduga boleh diperolehi dari syarikat ini.

- Ali Mamak (Pelakon, Pelawak & Penyanyi)

——————————————————————————————————————

Berasal dari keluarga yg hidup susah di Bahau N.Sembilan,Chairol tidak mempunyai tempat untuk mengadu tentang hidupnya yg semakin hari semakin melarat.”Isteri saya bekerja disebuah pusat pengurup wang.Emak pula mengambil upah menjaga anak jiran.Adik saya hanya bekerja di 7-eleven.Pernah juga saya berhutang dengan adik saya sendiri.Sehingga suatu ketika sewa rumah tertunggak selama 3 bulan anak sulung kami tidak dapat kami pakaikan lampin” keluhnya dgn nada kesal.
Lebih malang lagi kereta Perodua Kancil milik mereka dicuri org.
Akhirnya saya bertemu dgn seorang kawan yg terlibat dgn perniagaan Uptrend2u yg kini sudah bergelar jutawan.
Bermodalkan lebih RM1000,Chairol mula mengorak langkah sebagai seorang peniaga.Dalam keadaan tertekan utk menggerakkan perniagaan barunya,Chairol menghadapi kesukaran utk kesana kemari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.Seorang kawan meminjamkan sebuah van usang,saya amat bersyukur,tetapi masalah timbul lagi apabila saya tidak mempunyai wang untuk membeli petrol untuk van itu.
Benar bagai dikata,tekanan boleh membuatkan minda seseorang bergerak lebih proaktif. Chairol mendapat idea untuk mencetak risalah tentang perniagaannya dan mengedarkannya sendiri disekitar kawasan bandar dan pinggir bandar. Semakin hari Chairol menerima semakin banyak panggilan.Ramai yg memberi reaksi positif sebaik menerima risalah tersebut.Menyifatkannya sebagai rezeki anak ke-2 yg sedang dikandung isteri,Chairol tidak sesekali menoleh kebelakang lagi.
“Saya tidak menjangka langsung hanya selepas 15 bulan,perniagaan saya memberi pulangan sehingga lebih RM 1 juta” ujar Chairol sambil membetulkan duduknya diatas sofa empuknya.Sekuntum senyuman mekar diwajahnya.
Niatnya untuk memperoleh RM1000 sebulan kemudianya berubah menjadi RM1000 sehari.
Pada hari ini hidupnya dilimpahi kemewahan.Chairol kini sudah memiliki subuah rumah teres 2 tingkat di lot hujung di Saujana Damansara,empat buah kereta termasuk sebuah BMW 3 Series dan Mercedes Benz.
Menegaskan Uptrend2u bukanlah skim cepat kaya,Chairol berkata ia juga melibatkan usaha keras yg berterusan.

8 Comments »

  1. ok ker bsnes ni???bkti x ckup kukuh la….

    Comment by red owl | January 9, 2008 | Reply

  2. EXCELLENT! bukti sebenarnya dah ada, dah CUKUP DAN AMAT KUKUH! cuma sebilangan individu masih kurang mempercayai kerana memilih untuk tidak percaya.

    OK ker? TENTULAH OK! kalau tak ok, mana boleh lahirkan seramai 29 orang jutawan dan berpuluh lagi bakal bergelar jutawan pada AUGUST 2008 ini.

    RED OWL??

    andai berminat, boleh hubungi kami di VISION2U.

    Comment by ecs33 | January 10, 2008 | Reply

  3. perniagaan bentuk bagaimana. Adakah macam berkutu atau menggunakan model yang banyak atau pergi rumah ke rumah macam salesman . Berminat juga kalau sesuai

    Comment by Hamidah binti Yusoff | February 10, 2008 | Reply

  4. EXCELLENT pada Cik Hamidah. Perniagaan berbentuk kuasa jaringan dengan dunia tanpa sempadan. Bukan kutu, dan rumah ke rumah.

    Boleh refer kat HOW TO START, di sana ada diterangkan segalanya.

    Andai Cik Hamidah berminat dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya 017-2372871 dan nyatakan nama serta alamat Cik Hamidah.

    Terima kasih

    Comment by ecs33 | February 11, 2008 | Reply

  5. i mcm berminat… tp ragu… hari2 keje i ngadap komputer n bt research pasal biz nie… tp i still tak pasti… ape produk yang terlibat… boleh i dapatkan penerangan lanjut…???

    Comment by yana | February 13, 2008 | Reply

  6. produk ada terjual sekali dengan PAKEJ PRODUK. boleh check kat HOW TO START. atau boleh call saya 017-2372871 or email echallengor0@hotmail.com

    Comment by ecs33 | February 14, 2008 | Reply

  7. Katakan saya cuma dapat seorang aje downline, adkh sy berpotensi dapat duit harian?

    Comment by Zul | April 20, 2009 | Reply

  8. Terima kasih en Zul di atas soalan anda.

    Ingin dikatakan di sini, potensi duit harian hanya terjadi jika ada jualan berlaku di bahagian A dan B rangkaian anda.

    Jikalau hanya pada bahagian A sahaja, anda tidak akan dapat potensi duit harian.

    Berminat untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk temujanji di sekitar area Kl, Selangor 017-2372871

    Comment by ecs33 | April 24, 2009 | Reply


Leave a comment